Assalammualaikum..to all readers!!
Bella rasa balik kali nie.. macam-macam benda Bella berceloteh..maklumlah kat ostel x dapat buka blog kan..tu yang balik rumah nie busy update blog memanjang..hehe.Kali nie Bella nak berceloteh mengenai "CINTA KERANA ALLAH"VS "CINTA KERANA NAFSU"...Wah ^_^
Cinta Kerana Allah...
Allah akan menjaga hati kita dan tidak membenarkan syaitan memasuki hati kita.
Allah alihkan hati kita supaya memikirkan yang baik-baik dan tidak memikirkan yang bukan-bukan tentang si dia.
Cinta kerana nafsu,
kita asyik terbayangkan yang bukan-bukan tentang si dia.
Cinta kerana Allah,
Bila kita mesej dia,dan dia tak balas mesej kita,
Kita ingat dia mungkin tengah susah hati.
Kita cuba bagi semangat kat si dia,
Insya-Allah, Allah mesti tolong.
Kadang-kadang, dia buntu,
Tak tahu nak buat apa.
Allah Maha Mengetahui,
Terus kita teringat Allah,
Kita doa semoga dia sentiasa diberkati selalu,
Berharap semoga dia tenang selalu.
Cinta kerana nafsu,
Bila si dia tak balas mesej kita
Kita merajuk, kononnya.
Kadang-kadang kita mengungkit,
Kita kata, asyik kita je yang mesej dia dulu,
Dia tak pernah mesej dia.
Bila dia tak mesej dengan kita,
Mula la,
Dia dah tak sayang kita la,
Dia dah lupa kita la.
Cinta kerana Allah,
Kita hormati privasi dia.
Kadang-kadang mood dia tak baik,
Dan dia ingin bersendirian,
Kita hormati permintaan dia,
Kita biarkan dia bersendirian seketika.
Bukan kita tak nak pujuk,
Kita cuba juga pujuk,
Tapi kita yakin, Allah kan ada.
Kita kan terus berdoa,
Semoga Allah kan selalu membantu dia,
Memberi ketenangan dan kesenangan kepada dia.
Cinta kerana nafsu,
Mana boleh biar dia jer sorang-sorang, Mesti ada kita.
Kan kita dan dia saling sayang-menyayangi..
Orang lain mana boleh tenangkan dia,
Kita jer...
Sekiranya kita percaya dan yakin cinta kita itu cinta kerana Allah,
Kita akan rela melepaskan dia pergi,
Kita juga sanggup berpisah dengan dia,
Buat sementara.
Kerana kita yakin,
Selagi Allah bersama kita,
Juga bersama dia,
Rindu kita kan terubat.
Kita dan dia kan bahagia.
Di bawah redha Allah Yang Esa.
Namun,
Sekiranya cinta kita adalah cinta kerana nafsu,
Kita takkan merasa senang untuk berjauhan dengan dia,
Walaupun seketika.
Kerana kita selalu inginkan dia.
#Jom recheck cinta kita ^_^
No comments:
Post a Comment