Friday 14 November 2014

LIFE



"Bersabar lah Dengan Ujian Yang Datang"


You see i can smile? but u doesnt see my pain . I love to smileeee this is because smile can hide all my pains and all my sadness.*sorry with this sulks english!

There are too many challenges that i have been face through this year.  YESS, TOO MANY! wahaii hati mohon sado pleasee! Wahai hati mohon kuat pleasee! Wahai hati mohon sabar pleasee!


* Dah terlalu banyak yang aku pendam. Dah terlalu banyak yang aku simpan. Tinggal tunggu masa jer nak meletup dah nie. okay dh macam molten lava cake pizza hut. k tetibee. haha. okay forget it! Until now, aku masih boleh sabar lagii, yess i admit sometimes kesabaran i nie tak tinggi pun. I pun manusia jugakkk and bukan robot yang takde any feelings okahhyy! But, alhamdullilah sebab i masih boleh bersabar dengan ujian-uijian yang mendatang ini. Keep prays and Allah are always with me! And i know, ujian yang kita dapat nie berdasarkan kemampuan kita. InsyaAllah, one day everything will be okahhyy!

* Kau kutuk aku , kau bukak aib aku ? But, sampai sekarang aku boleh sabar dengan kau. Aku diam. Aku buat- buat tak tau jer. Mungkin , kau dah "PERFECT" sangat kat mata manusia  And pleaseee ! jangan menilaai seseorang tu melalui luaran dia! For example, kau nampak dia nie keluar jalan-jalan tak pakai stokin, so kau terus anggap dia nie jahat. Then, kau nampak dia pakai tudung singkat atas dada, kau terus jugak chop dia jahat !!  Hello girls and boyss! Iman seseorang tu bukan diukur dari luaran okayyy! Please open minded sikit your mind tu ! susah jugak kalau manusia yang anggap diri dia nie perfect sentiasa and baik sentiasa. Hanya tuhan jer yang tahu semuanya!


* Kau ingat semua orang jahat kat luar sana tu akan jahat selama-lama lama nya keee? kau ingat orang yang baik tu akan baik selama lama lamanye ke? mungkin ada and mungkin takde  right. Semuanya bergantung atas diri masing-masing. Just i nak ingatkan kat semua pembaca-pembaca blog i nie,  supayaa jangan terlalu cepat nak judge seseorang tu okkay! 


P/S: Jom sama-sama muhasabah diri ini :) Jumpa di segmen akan datang ! Byee semua and have a nice dayy !!

Macam Mana Nak Handle Pasangan Kita!

Hellooo !!*flying kiss

Haii semuaa !! how was ur life today ? is it beautiful? Yarhhh of course rightt !! heee. Okayyy, todayyy i wanna share somethings that might be importants to you !! That is about" How to Handle Our Partnership" ?

Kadang - kadang kita naik menyampah nak layan perangai orang laki nie kan. Kadang- kadang kita nie penat sebab orang laki-laki nie tak pernah nak faham hati kita, tak pernah nak memahami kehendak  kita.  kadang-kadang kita rasa putus asa sebab semakin kita cuba untuk memahami fitrah kejadian laki-laki , semakin dekat pula kita dengan kebuntuan. Haa kesimpulannye laki-laki nie sukar untuk dimengerti. 

Hello Girls!siapa rasa laki-laki nie susah nak handle sila senyum dengan nampak gigi sekarang! Siapa rasa orang laki-laki nie senang sangat nak lipat?

If kita nak belajar handle pasangan kita, pertama sekali kita kena faham apakah sifat orang laki secara umumnye. Dari pemerhatian, orang lelaki nie:

1- Ego
2- Straight forward
3- Tak suka dengan keadaan yang merimaskan
4- Tak gemar bila pasangan tidak percaya kepadanya
5- Tidak suka diajar dan disuruh

See! Kontra sangat dengan sikap kita orang perempuan. Kita orang pempuan nie lembut hati sampai kadang-kadang kalau buat salah tu, cecepat mintak maaf. Kadang bukan salah kita pun , kita sibuk jugak nak mintak maaf. Sudahnye, orang laki pun naik rimas. Orang laki nie , kita kena bagi ruang kat dia. Kadang-kadang kita kena biarkan dia sebab lagi kita himpit, haa lagi lah tinggi ego dia . 

Orang perempuan nie , kadang-kadang kalau dah suka sangat seboleh-bolehnya dia cuba nak impress lelaki yang dia suka tu. Lima minit sekali sms, beritahu check in kat mana, sampai nak ke tandas pun sempat lagi sms hantar report nak ke tandas. Padahal, ada jer sesetengah laki nie tak mahu tahu pun. Kadang-kadang sms yang lima minit sekali tu pun diorang tak bukak. Dengar jer bunyi, haa dah tau dah tu . So, kalau bercinta atau kalau kita cinta sangat pun tak perlu lah nak tunjuk sangat. Jlani lah hidup korang macam biasa. Anyway, lelaki yang dicintai sangat tu pun belum lagi jadi suami. So Chill lah !!

Orang pempuan nie jugak kadang-kadang rasa insecure. Rasa diri macam tak best lah. Lepastu mulalah nak jadi detective conan. jadi penyiasat periksa sms, periksa facebook, periksa whatsapp. Semua lah nak periksa. Pastu mula lah tanya soalan bukan-bukan dekat lelaki tu. Daripada kita syakwasangka terlalu tinggi sangat, lebih baik kita berdoa semoga hubungan kita dengan pasangan aman damai sampai akhir hayat. Kalau ye pun nak siasat , nak sportcheck, buat lah diam diam. hahaha. 

Okayy, ni lah serba sedikit yang dapat kita share dengan awak-awak semua! Ingat ye, kena lah pandai handle pasangan kita nie . Jangan pulak buat pasangan kita nie jadi rimas dengan kita. Remember this, BERCINTA , KENA PAKAI OTAK ! 

Okay guys, jumpa di segment yang akan datang! Ok byee ~~~ 






Monday 3 November 2014

Throwback Spm.

Bismillah.


I'M BACKK :)


Dah lama sangat sangat sangat tak update blog nie. Please sayang jangan merajuk ye. I love you to the moon and back. XOXO. Busy sangat sejak dua tiga empat sepuluh menjak nie *zzzz . But first of all, haii WELCOME NOVEMBER. :) Alhamdullilah and syukur kepada Yang Maha Esa sebab kita masih dihidupkan lagi sehingga ke hari ini. *ucap alhamdullilah dalam hati. 

Today is the day! Whoops!!! Batch 1994 akan menduduki spm selama 1 bulan . Gudluckk uollls . Iollss doakan korang semua dapat menjawab soalan yang diberikan untuk semua paper yang akan korang duduki. Aamin. Jangan lupa ye usaha, doa and lastly tawakal. 

Okkayy, nie nak throwback masa 2 tahun lepas ambik spm. Haish anak dara nie perangai bukan bukan jer. Time nak spm bawak phone kat asrama, pastu main mesej jer, pastu buku tengok kita bukan kite tengok buku. Ish teruk perangai waktu nak spm dulu. But, alhamdullilah lah result is not too bad lah kot. hihhii. XOXO. Ingat lagi waktu memuda dulu zaman umur 17 nak ambik spm. Malam tu semua busy study nak exam, tapi kite buat buat macam takde exam pulak. Study sekejap jer, selebihnye pergi buat mekak kat prep, ganggu student lain nak study. Haish, teruk benor perangai. Haha. Mohon adik-adik yang lain jangan ikot perangai kite nie k. Kite nie sebenarnya tak berapa pandai pun kalau nak di compare dengan kawan-kawan kite yang lain.

Ada satu benda and satu rahsia yang kita nak share dengan korang semua , if nak berjaya and nak dapat keputusan yang cemerlang ingat nie ! 1) Taat perintah tuhan and selalu slalu lah buat solat hajat and solat dhuha . 2) Sila lah dengar cakap mak ayah (its very important to us) untuk dapatkan keberkatan hidup and semoga korang dapat jawab paper dengan tenang. Okayy, kite bukan nak cakap yang kite nia baik or ape ke or whatever lah. kite nie tak pandai pun, study waktu nak spm pun nak tak nak jer, tapi kite selalu ikut cakap mak ayah kite. selalu dgr kata. If diorang kata tak boleh, so jangan buat. Sebab keberkatan idup mak ayah nie penting dalam meneruskan hidup nie. PLEASE TRUST ME ! Tolong ingat ye adik-adik, akak-akak, pakcik makcik. hihii.

To my lovely Amira Jeffri, gudluck sayang untuk spm. Buat mak ayah kita bangga okkay! I love u. and I know u are more clever than me and I know u can do it ! Goodluck sayangg ! I will pray for u! Sila lah terharu dapat kakak yang macam nie! -,-0









Sunday 20 July 2014

INI JODOH, BODOH

Kau memang lucu.
Kau pasti- manusia yang bertahun-tahun kau kasih ini akan jadi milik kau?
Kau pasti- manusia yang berbulan-bulan kau tunang ini akan jadi milik kau?
Kau pasti- manusia yang berminggu-minggu kau nikahi ini akan jadi milik kau?
Jangan jenaka.
Kau ikat dia- kau fikir dia apa?
Anjing?
Objek?
Kau ikat dia- kau fikir kau siapa?
Ibu bapa?
Tuhan?
Kau ikat dia- kau sedar kau dan dia siapa?
Dua-dua asalnya satu, tanah.
Entah-entah itu- manusia yang kau benci itu
Yang akan kau kasih
Entah-entah itu-kawan karib kau itu
Yang akan kau tunang
Entah-entah itu- lelaki yang beristeri (atau janda, jika kau lelaki) itu
Yang akan kau nikah
Ini jodoh, bodoh
Bukan alat kawalan jauh
Kau boleh mengusul sejuta rancangan
Senaraikannya berjela-jela hingga jadi tebal, sebal, bebal
Tapi yang meluluskan struktur pelan, Dia
Kau boleh cemburu membabi buta
Dan tanam cip mikro dalam kepala otaknya
Tapi kemudian aku tanya, kepala otak siapa yang rosak sebenarnya?
Yang digarikan itu tangan
Yang dicincinkan itu jari
Bukan nyawa
Buka hati
Ini jodoh, bodoh.
*Dipetik dari seorang puitis

cinta jarak jauh

Haii ~~


- dah lamaa sangat tak update blog .. but firstt !! hyee everyoneee*lambaii tangan
bertemu lagi pada hari ini..

Rindu ? kejauhan ? cintaa jarakk jauh : bila cakap jer pasal cinta jarak jauh nie, mulaa laa terpikir apa laa dia tengah buat : mesej perempuan lain ke ? date dengan perempuan lain ke? oncall dengan perempuan lain ke (especially perempuan suka sangat pikir camtu kan) termasukk laa aku sekali . Hmm, bila cakap jer pasal cinta jarak jauh mula lah terdetik kat perasaan tu nak jumpa laa , rindu laa sampai kadang-kadang kau boleh menangiss sebab dah terlalu rindu . Nikmat ke bercinta jarak jauh nie? bagi aku yang sedang hangat bercinta secara jarak jauh nie, in my opinion laaa :


*nikmat ? hmm, perasaan rindu tu always come.

* ajar erti rindu .. sebab ape? sebabnye bila aku dan dia dekat, perasaan rindu tu memang laa ada tapi tak nikmat u know? hahaha. kalau jauh pulakk, baru i akan rasa rindu yang sebenarnye . Yelah, bila memasing dah jauh, nak jumpe pun susah. almaklumlah , sorang kat selatan sorang kat utara. it's too hard and very far !! *lap air mata*
* cinta jarak jauh nie ajar aku erti setiaa ! yess setia ! setia laa kepada pasangan memasing !~~ jangan sampaii menimbulkan salah faham antara keduanyaa . hehe
* cinta jarak jauh nie jugak ajar aku erti sebuah kejujuran ! yess sila laa jujur dengan pasangan anda ye. jangan sampai dia dapat tau sendiri! haa nanti lagi susah kau nak explain . kahkah
* cinta jarak jauh nie ajar aku untuk lebih berdikari ? why ? macam pelik jer kan bunyinya. hahaha. Yelah kalau aku kat upsi nie, dia selalu tolong aku . Contohnye, bila aku sakit : dia tolong belikan ubat . bila aku nak makan sesuatu:dia akan dapatkan. Bila aku perlukan sesuatu: dia akan carikan . Bila aku perlukan sabun basuh baju:dia akan bagi sabun basuh baju dia. hahaha. memang senang laa kalau dia ada. emm rindunyee .

Rasanyaa, tu jer laa opinion aku. kehkeh . cinta jarakk jauh memang akan ajar kau macam-macam. kau boleh jadi curang jugak ! but tolongg jangann .please jangann! sila sayangkan relationship korangg k . hihii. thankks so much because u all spending time to read this boring blog.


*ada apa2 nak comment or share? just comment jer k. thankk u ! hee


Monday 5 August 2013

What I want to update??



Hye assalammualaikum :) *lambai tangan(how are you??)*

Mulakan dengan bismillah!:) hye3 my friends ^_^ .. Bella rasa macam dah lama jer tak update blog.. sebabnye Bella busy sangat-sangat dengan assignment yang bertimbun-timbun tuu..life as an university students are busy with a lot of assignments!!seriusly penat teramat sangat!!:)

Rasa macam dah lama jugak tak berceloteh!!hehe.. ups lupa nak tanye.. korang semua sihat?? Bella disini alhamdullilah sihat*yelaa dapat balik rumah automatik terus sihat* hehe..Haa sebelum Bella terlupa.. n Bella rasa macam dah terlambat jer nak ucap kat korang semua "SELAMAT BERPUASA" hehe.. maaf laa kawan-kawan *busy+malas=berhabuk dah blog nie* .. baru sekarang Bella berkesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan almubarak!:)

Bella rasa macam sekejap jer kan puasa tahun nie?? korang rasa x?? hurmmm.. sedihnye..ramadhan dah nak pergi meninggalkan kite semua :'(.. harap-harap kita semua dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT.. agar kita dapat berjumpa lagi dengan ramadhan pada tahun hadapan..!:) ..Insyaallah ..AMIN!! 

Haa..amacam persiapan raya korang?? mesti best kan!! :) .. Bella dah complete persiapan raya ..alhamdullilah:) .. haa tak lama lagi kan nak raya..after raya tuu..jom kita bersama-sama melakukan puasa 6 syawal..banyak kelebihan berpuasa enam nie.. means puasa selama 6 hari samada secara berurut-turut atau berselang-seli :).. Antara kelebihan puasa 6 syawal nie ialah :

1-Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

2-Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban).

untuk maklumat lebih lanjut berkenaan puasa 6 nie layarilah blog nie~ (http://anizyn.blogspot.com/2012/08/keistimewaan-puasa-enam-syawal.html)

Okayylaa.. i think enough for today :) Akhir kata.. Bella ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki sekiranya Bella ada terkasar bahasa,mengarut,merapu and mengecilkan hati para-para pembaca yang membaca blog Bella nie.. Maafkan Bella ok :) SEE YOU AGAIN!! :)

BYE!! ASSALAMMUALAIKUM *:)




  



Wednesday 12 June 2013

First Kuliah :D

Hello My Cute Friends ;)

Hye semua.. haa.. ruangan kali nie..Bella nak berceloteh pasal my first kuliah..hehe.. Okayy tipu laa..kalau Bella cakap x penat..serius kuliah hari nie memang penat.. yela..dari kolej kediaman naik bas pergi kampus lama..pastuu sampai-sampai jer tak tau nak pi maner..hehe..pening nak cari dwan kuliah..bangunan dah lahh banyak..padat-padat pulak tuuhh..*mmg tension*..haa..akhirnye dapat jugak jumpa dewan kuliahnye..hehe..sekejap jer cari..x sampai 5 minit pun..haa..nampak tak budak perempuan comel yang berbaju coklat tuhh??haa..dye kawan Bella merangkap my housemate.. cewahh!! hehe..dia satu course ngan Bella..so tadi kiteorg naik bas n cari dewan kuliah bersama-sama :)

Lecturer semua cakap dalam bahasa inggeris..haa..mmg best r sgt!! hehe.. hari nie first kuliah memang banyak memberi pengajaran dan pengalaman kepada kiteorang.. bak kata pepatah "pengalaman mengajar erti kedewasaan"..hehe..yelaa kan kiteorg budak baru kat sini.. after habis kuliah pukul 1.00 kiteorg tunggu kat tempat bas..pastuu naik bas dengan penuh confident..x baca kertas yang tertampal kat bas tuu pun.. hehe.. *konon berlagak budak lama kat situ laa* ..hehe..pastuu naik bas..pakcik tuu berentikan tempat jauh nak balik ke kolej..fuhh 10 minit jalan kaki balik kolej..mmg penat kot td..hehe..dah laa tgah-tgah panas berjalan kaki.. nasib baik kawan Bella nie ada payung..so kteorg pun guna laa payung bersama-sama "SHARING IS CARING"!:)


#Okayylaa.. x der idea dah nak mengarang ayat panjang-panjang nie..see you again in another post :)