
Dalam hidup ini..setiap manusia memang tidak pernah terlepas daripada setiap ujian dari Allah.
dan setiap manusia itu tidak menyangka bentuk2 ujian yang akan diberikan olehNya..Kadang-kadang Allah timpakan manusia dengan berbagai-bagai bentuk ujian..seperti dalam bentuk kemiskinan,kekayaan dan juga dalam bentuk percintaan..
Tapi sebagai hambanya..ketahuilah bahawa Allah mempunyai banyak sebab untuk berikan ujian kepada kita..antaranya sebagai kifarah terhadap dosa-dosa yang manusia itu lakukan..dan yang paling utama adalah untuk menguji tahap keimanan hamba-hambanya.
Allah juga menberi ujian juga untuk mengingatkan manusia agar kembali mengingatinya kerana kalau kita sedar,fitrah manusia akan kembali kepada Allah setelah ditimpakan pelbagai kesusahan.
Hanya hamba-hambanya yang sabar dan tabah sahaja dapat mengharungi ujian ini
Allah juga berikan ujian kesenangan untuk menguji hambanya itu boleh mensyukuri nikmat yang dianugerahkan kepada dirinya,adakah mereka akan bersikap sombong dan takbur terhadap manusia-manusia lain yang tidak dapat nikmat tersebut..dan yang penting sekali adakah mereka akan bersikap takbur terhadap pemberi nikmat tersebut...
Sesungguhnya bertuah lah bagi mereka yang mensyukuri nikmat tersebut serta sabar menghadapi ujian yang telah diberikan olehNya walau dalam bentuk apa sekalipun..kerana Allah akan memberi ujian terhadap hambanya mengikut kemampuan hambanya itu...Oleh itu kita haruslah sentiasa bersabar atas ujian yang dihadapi...
Yang baik itu datangnya daripada Allah manakala yang buruk itu datang daripada diri ini yang serba kekurangan..
Yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan dalam kehidupan ini....

No comments:
Post a Comment