Thursday 25 October 2012

Nilai Kasih Sayang seorang Ibu kepada Anak

 


Sebagai seorang anak, kita seharusnya sentiasa bermuhasabah dan menghargai segala jasa-jasa dan pengorbanan ibu dalam membesar dan mendidik kita.Pengorbanan dan kasih seorang ibu memang tidak ada tolok bandingnya.Ikuti kisah berikut:

Di suatu petang seorang anak berlari untuk mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan hidangan makan malam di dapur.Lalu  menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.Si ibu segera menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu dibacanya..

TAJUK:Kos Upah Membantu Ibu

1)Tolong ibu pergi kedai:Rm 4.00
2)Tolong ibu jaga adik:  Rm 4.00
3)Tolong ibu buang sampah:Rm 4.00
4)Tolong ibu kemas bilik:Rm 2.00
5)Tolong ibu sapu sampah:Rm 3.00
6)Tolong ibu siram pokok bunga:Rm 3.00

Jumlah:Rm 20.00

Selesai membaca,Si ibu  tersenyum memandang wajah si anak sambil seesuatu berlegar-legar di mindanya.Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1)KOS mengandungkanmu selama 9 bulan: PERCUMA
2)KOS berjaga malam kerana menjagamu: PERCUMA
3)KOS air mata yang menitis keranamu: PERCUMA
4)KOS kerunsingan kerana bimbangkanmu: PERCUMA
5)KOS menyediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu: PERCUMA

Jumlah keseluruhan Nilai Kasihku:PERCUMA

Lalu si Anak pun terus memeluk ibunya dan menitiskan air mata..dan si anak berkata "Betapa besarnya pengorbanan dan nilai kasihmu Ibu!!.. Saya sayangkan Ibu" ..

Lalu si anak pun terus menulis di kertas yang sama: semuanya "Telah Dibayar".

#semoga  kita bersama-sama dapat mengambil iktibar daripada kisah tersebut!

No comments:

Post a Comment