
Pernahkah
kita berkawan dengan seseorang sampai jaga dan tidur kita sentiasa
memikirkannya? Bila makan teringat kat dia, minum, buat homework, cuma
waktu tengok tv je dapat lupakan sekejap. Biasa lah tu. Perkara macam ni berlaku kat orang kapel, walaupun dah
nyata yang kapel tu haram. 1hari tak mesej, tak sedap hati, 2hari tak
mesej terasa nak mati, 3hari tak mesej.. Hehe.. Mesti cari pengganti.
Inilah lumrah manusia. Yang paling kesian apabila perkara ni berlaku kat
pelajar yang nak exam. Tak dengar berita atau tak mesej, mulalah tak
bersemangat. Inilah sindrom yang dihadapi.
Kenapa ya, semangat kita selalu dicuri?
Selalu je kan kita jadi macam ni..
....awak, saya tak leh study kalu tak mesej dengan awak, kenapa ya?
Selalu kan hantar mesej macam ni?
Sepatut nya soalan macam ni yang kita tanya.. kalau berani lah..
...awak, kenapa awak jahat sangat? sampai hati curi semangat saya...
Hurm.. Apabila persahabatan yang berteraskan nafsu, macam ni lah jadinya..
Sentiasa ketagih dengan semangat orang.
Sepatut nya, si sahabat sentiasa mengingatkan sahabat nya pada Allah.
Supaya sahabat nya bergantung sepenuh hati pada Allah.
Pernahkah
kita merasa kita merasa, jika kita tidak berhubung atau berkomunikasi
dengan seseorang, hati kita semakin jauh pada Allah.
Sesungguhnya,
jikalau ada perasaan sedemikian, perlulah kita tahu bahawa itulah
sahabat yang kita perlu hampiri dan perlu kita ambil manfaat darinya.
Jadikan sahabat kita ini sebagai pengawas untuk hidup kita ,
supaya apabila kita tersungkur nanti, masih ada sahabat yang sanggup memimpin kita di jalan yang benar.
Inshaallah..
Dan jadilah juga kita orang yang selalu bersyukur apabila menerima manfaat dari orang lain
No comments:
Post a Comment