Monday, 4 June 2012

SEDEKAH :)




“Wah.. hang memang terbaiklah ! Suka menderma, suka bersedekah, suka bantu kawan yang susah, suka tolong anak yatim dan orang-orang miskin.. mesti pahala hang berlipat ganda sekarang ni..”


Alhamdulillah.. Tahniah !
Tahniah kepada sesiapa yang gembira dan suka melakukan kebaikan terutamanya sedekah.


Ketahuilah bahawa melalui amalan seumpama itu, Allah pasti akan memberikan ganjaran yang berlipat ganda buat diri kita walaupun kita sudah tidak ada di dunia ini.



Sabda Rasulullah s.a.w ;

"Apabila mati seorang anak adam itu, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, serta doa anak-anak yang soleh." [Riwayat Muslim]


Namun, ada sedikit pesanan untuk direnung-renungkan dan diambil peduli oleh diri saya dan diri anda.


“Kadang-kadang kita suka bersedekah.. Tapi Allah tidak suka akan sedekah kita. Lalu amalan sedekah kita ditolak,habis musnah begitu sahaja. Kita jadi rugi..”


Kenapa sampai begitu sekali ?
Kenapa Allah tidak terima amalan kita walaupun kita bersedekah dalam keadaan suka dan senang hati ?


Jawapannya hanya satu, kita tidak betul-betul ikhlas !
Kita tidak beramal semata-mata kerana berkehendak akan redha Allah.


Tahu apa buktinya ?
ada empat bukti .. sekiranya kita memiliki walaupun hanya salah satu daripadanya, maka amalan kita akan ditolak bulat-bulat oleh Allah SWT !!



1. Mengungkit-ungkit atau menyebut-nyebut pemberian yang diberikan.


2. Memberi namun dalam masa yang sama turut menyakiti hati si penerima.


3. Riya’.. iaitu menunjuk-nunjuk atau mempamerkan amalan itu bukan untuk tujuan mendidik tetapi untuk berbangga.


4. Tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat.(Bukan Islam)


…………………………………….........................................


"Anda pernah melihat sebiji batu yang diselaputi banyak pasir atau tanah ? Apa akan jadi sekiranya batu itu disimbah dengan air atau terkena air hujan?"


Ya.. sudah pasti batu itu akan menjadi licin bersih !


Begitulah perumpamaan yang Allah gambarkan untuk menjelaskan bahawa ganjaran pahala yang telah dikumpul oleh si pemberi sedekah akan hilang kesemuanya sekiranya dia memiliki sifat-sifat seperti di atas.



Maka periksalah diri kita sekarang..
adakah kita mempunyai ciri-ciri seperti yang disebutkan di atas ?

Jika YA.. segeralah berubah ! Tidak susah !


Sekiranya ciri-ciri itu muncul lagi ketika kita bersedekah, cepat-cepat buang !


Selepas bersedekah, senyumlah dengan mengharapkan agar Allah redha dan menerima amalan kita. Kemudian terus lupakan pemberian yang kita hulurkan.







Kita tidak mahu amalan sedekah kita menjadi sia-sia 
dan rosak begitu sahaja..
Rugi besar kita nanti !!

Sahabat-sahabatku..

Mari kita jadikan amalan sedekah sebagai HOBI.
Semoga ada balasan yang besar buat kita 
di negeri akhirat sana nanti !
AMIN !!..


"Inginkan SAHAM akhirat yang lumayan ??
teruskan melabur di jalan Allah !!"

No comments:

Post a Comment