Saturday, 30 June 2012

Usah Ragu terhadap Allah


 



IMAN adalah membenarkan dengan hati,mengucapkan dengan lisan,dan melakukan dengan anggota badan(beramal).Dengan demikian,iman kepada Allah bererti meyakini dengan sepenuh hati Allah itu ada.


Sebagai Muslim,jangan ada sebarang keraguan terhadap Allah.Kadang-kadang kita alpa untuk mencari dan mengenali Allah.Ilmuwan,ustaz janganlah berputus asa dalam memperkenalkan Allah kepada penganutnya yang masih tercicir dengan ilmu tauhid ini.


Gunakan segala kebijaksanaan dalam mengajar,manalah tahu cara berhikamh kita menjadi sebab untuk mereka mencintai Allah terutamanya kepada setengahnya mengenal Tuhan menggunakan logik akal saja tanpa berpandukan hujah(ayat Al-Quran dan hadis) .


Khas untuk tatapan remaja:


Contohnya,kisah seorang pemuda yang belajar di negara Barat kononnya mendakwa dirinya pandai.Apabila pulang ke tanah air,dia mencari orang pandai kerana ingin berhujah mengenai ketuhanan dan perkara ghaib.

Akhirnya dia bertemu seorang tua yang alim.Tanya pemuda berkenaan:Anda siapa?Dan apakah boleh menjawab pertanyaan saya?


Jawab orang tua berilmu itu:saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan cuba menjawab pertanyaan anda


Tanya pemuda:Anda yakin?Sedangkan profesor dan ramai orang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Jawab orang tua alim itu:Insya-Allah saya akan mencuba sejauh kemampuan saya


1.Kalau memang tuhan itu ada,tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya?
2.Apakah yang dinamakan takdir?
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke dalam neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan sebab mereka memiliki unsur yang sama.Sama-sama daripada api.Apakah Tuhan tidak pernah terfikir begitu?


Tiba2 org tua itu menampar pipi pemuda itu dengan kuat.Tanya pemuda itu sambil menahan sakit.Kenapa anda tampar saya,adakah marah kepada saya?


Jawab org alim itu:Saya tidak marah ..tamparan adalah jwpan sy atas tiga pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.


Pemuda:Saya sunguh2 tidak mengerti.


Tanya orang alim:Bagaimana rasanya tamparan saya?


Jawab pemuda:Tentu saja saya merasakan sakit


Tanya orang alim:Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?


Jawab pemuda:Ya


Tanya alim:Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!


Jawab pemuda:Saya tidak mampu


Orang alim:Itulah jawapan pertanyaan pertma.Kita x nmpak sakit tapi rasa sakit dan percaya adanya sakit.Allah tidak nampak tetapi kena percaya adanya Allah.Semua merasakan ada tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Tanya org alim:Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Jawab pemuda:Tidak

Tanya alim lagi:Apakah anda terfikir akan menerima tamparan dr sy hari ini?

Jawab pemuda:Tidak

Si alim menjawab:Itulah yang dinamakan takdir,kita tidak tahu apa yang berlaku esok dan hari2 yg mendatang.

Tanya si alim:Tangan sy diperbuat drpd apa yg dugunakan utk menampar anda?

 Jawab pemuda:Kulit


Tanya si alim lagi:Pipi anda diperbuat drpd ap?


Jawab pemuda:Kulit


Tanya Si alim lagi:Bagaimana rasanya tamparan sy?


Jawab pemuda:sakit


Jawab si alim:Tangan sy dan pipi anda sama shj.Ada kulit,ada daging tetapi anda boleh rasa sakit juga.Jika Tuhan berkehendak maka neraka akan menjadi tempat menyakitkan utk syaitan.


Sebagaimana juga tangan saya sama ada daging atau kulit,sepatutnya anda tidak merasa sakit.


Semogo contoh tidak seberapa ini menjadi iktibar mengenai yang ghaib dan tersembunyi sebenar ada dan mesti di percayai.

Jadi..renung-renungkanlah :) selamat beramal:)













No comments:

Post a Comment