Hye Friends !:) Assalammualaikum ;)
Rasa mcm lama Bella tak update blog..haa Bella ada satu cerita yg nak dikongsikan kepada para pembaca semua.. !:)
JOM BACA ....SAMA-SAMA KITA MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA KISAH TERSEBUT.
Ada dua orang manusia ni..mereka terdampar di pulau yang berbeza, si A terdampar di pulau A dan si B terdampar di pulau B. Mereka masing-masing tak dapat nak pulang kerana tiada yang datang untuk menyelamatkan mereka..terdampar la mereka berdua dalam keadaan yang lapar dan dahaga.
Pada
suatu hari, mereka menerima satu ilham dari Tuhan bahawa salah seorang daripada
doa mereka akan diterima mengikut keikhlasan hati masing-masing. Maka si A dan
si B berdoa siang dan malam untuk memastikan doa mereka dimakbulkan..
Selepas
itu, setelah beberapa hari mereka berdoa..ada satu kapal datang menghampiri
pulau si A dan datang untuk menyelamatkan dirinya. Oleh itu, si A pun di
selamatkan dan di bawa pulang ke rumah..si A berbangga kerana doanya dimakbulkan
dan di terima ternyata dirinya ikhlas dalam berdoa berbaanding si B yang tidak
dimakbulkan doanya itu. Si A berasa sangat bangga dan merasakan dirinya lebih
disayangi oleh Tuhan.
Doa
si A : Ya Allah, berikanlah bantuan kepada ku untuk aku pulang ke rumah.
Berikanlah aku itu dan ini...dot..dot..dot.dot..(semuanya berkisar tentang diri
sendiri)
Doa
si B : Ya Allah, kau makbulkanlah segala doa dan kemahuan si A. Amin..
Hakikatnya,
bukan doa si A yang dimakbulkan tetapi doa si B yang diterima oleh Tuhan..kerana
hatinya lebih ikhlas, tidak pentingkan diri sendiri dan berdoa untuk orang
lain. Si A pun terus dan berterusan berasakan dirinya hebat dan disayangi oleh
Tuhan..
P/s
: Kadang kala kita berjaya..bukan berkat doa kita sendiri. Mungkin berkat doa ibu
bapa, guru-guru, kawan-kawan, keluarga mahupun orang lain. Mungkin juga bukan
doa kita yang dimakbulkan oleh Allah, mungkin juga doa mereka semua yang
diterima..oleh itu, kita tak boleh riak dan lupa daratan. Barangkali, mungkin
seumur hidup ini..semua kejayaan datangnya berkat daripada doa orang lain.
Mungkin!!~
No comments:
Post a Comment